Fibriod
Tanda-Tanda Awal Ketumbuhan Fibroid
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang bukan kanser tetapi tetap juga
membawa kemudaratan kepada kesihatan wanita. Fibroid ialah ketumbuhan
pada dinding rahim terutamanya pada lapisan otot.
Ketumbuhan Fibroid berpunca dari gangguan haid dan
senggugut. Ramai juga wanita yang mempunyai ketumbuhan Fibroid tanpa
mereka sedari kerana kadangkala ketumbuhan Fibroid ini tidak langsung
memberi sebarang petanda. Golongan yang berisko tinggi terkena Fibroid
adalah wanita yang belum berkahwin dan juga wanita yang telah melahirkan
anak.
Antara Tanda-Tanda Awal Ketumbuhan Fibroid dalam rahim adalah:
- Gangguan haid
- Keputihan
- Kemandulan di kalangan wanita
- Masalah ketidaksuburan
- Kesakitan ketika melakukan hubungan intim suami isteri
- Kerapkali terasa kurang selesa di bahagian perut
- Kentut vagina
- Kegatalan dan bau kurang enak pada vagina
- Kerap terasa ingin membuang air kecil terutamanya ketika batuk atau melompat
- Mudah terasa letih dan lesu
- Sakit dibahagian tumit kaki dan lutut
- Tangan dan kaki kerap terasa sejuk
- Rasa kejang dibahagian betis
- Kerapkali keguguran
- Mengalami sakit senggugut yang agak teruk
Buat masa ini tiada rawatan menggunakan ubatan yang boleh mengecutkan ketumbuhan Fibroid. Kebanyakkan pesakit terpaksa membuat pembedahan untuk membuang Fibroid, namun biarpun telah dibedah, Fibroid tetap juga boleh tumbuh semula selepas beberapa bulan atau tahun.
Jadi apa caranya untuk mencegah ketumbuhan fibroid?
Ada beberapa jenis makanan yang harus dikurangkan pengambilannya seperti:
- Daging merah (kambing dan lembu)
- Ayam
- Produk tenusu
- Bahan perisa
- Makanan manis
- Minuman berkarbonat
- Makanan segera
- Makanan ringan
- Makanan berlemak dan berminyak
- Ikan laut seperti ikan bawal, ikan kembong dan ikan selar
- Sayuran dari jenis kekacang seperti kacang panjang, kacang buncis
- Sayuran hijau antaranya brokoli, bayam, ulam-ulaman
- Kekacang seperti badam, kacang tanah, kacang merah
- Ubi Kayu
- Buah-buahan antaranya nenas dan betik
- Teh hijau
5 comments
Ketara bila fibroid memang ada pendarahan banyak daripada biasa sampaikan jadi anemia dan pengsan.
ReplyDeleteBahaya hingga boleh ganggu kesuburan badan.
Golongan yang berisiko tinggi adalah wanita belum berkahwin...saya belum berkhawin tapi sy ade mengalami sintom di atas ape yang perlu sy buat...sy pernah pg ke hospital kerajaan tetapi soalan yg ditujukan kepada sy awak mengandung ke sedangkan saya tidak kawin lagi...selepas tu die hnye berinubat tahan sakit dan suruh sy kurang kan berat bdan
ReplyDeleteHaid saya darah banyak dan darah berketol2 banyak dua tapak tgn penuh setiap bulan haid..
ReplyDeleteSering sakit tumit kejang betis
Lenguh pinggang
Sering jg rs sejuk2 tgn kaki tu..mcm angin dingin. Letih dan lesu..mungkin kah ade yg xkena dgn sy...tmbhn sy hamil dn gugur dgn mudah. Dlm tempoh ni. Tapi sy xsakit apa2.
sy telah disahkan doktor ada fibroid dlm rahim sy sebesar 2.0mm...adakah bahaya kepada kesihatan saya
ReplyDeleteSy pon da d sahkan doc ade fibroid n tanda2 semua tu ada 😠tiap2 bulan sebelum ni piyed sgt2 teruk dkt 10 pad tukar sehari..blm time buang air ketul2 skli ikot keluar bsr2 plk tu.. sejak ikot rawatan hospital n dyeorg bg ubat hormon kurg da sikit pdarahan teruk & sengugut tu tp xde masalah ke mkn ubat tu..sy da kawen hampir 6 year blm ade rezki anak lg 😔
ReplyDelete